Cikgu amat bangga kerana murid-murid Cikgu aktif menggunakan ruang siber untuk melakukan pembelajaran kendiri (self-study).
Pada kali ini, Cikgu akan mengimbas kembali apa yang telah Cikgu terangkan di dalam kelas.
Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama dengan kata bilangan untuk kata nama seperti benda, haiwan, manusia dan tempat. Biasanya penjodoh bilangan hendaklah digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutinya.
CTH:
Kata bilangan
|
Penjodoh bilangan
|
Kata Nama
|
se (bermaksud satu)
|
kumpulan
|
burung gagak
|
lima
|
buah
|
pasukan polis
|
tiga puluh
|
biji
|
guli
|
beberapa
|
kuntum
|
bunga ros
|
Sebagai aktiviti lanjutan, kamu boleh melungsuri lelaman di bawah untuk membuat latihan interaktif mengenai Penjodoh Bilangan. (Jika kamu tidak dapat klik pautan di bawah, sila copy and paste alamat lelaman tersebut.)
http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/ML/Interactive/D5A_BM_U2_P2_Penjodoh_Bilangan/D5A_BM_U2_P2_penjodoh_bilangan.html
Semoga berjaya membuat latihan interaktif tersebut!
Salam sayang...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam