Salam sejahtera semua,
Penggal kedua sudah bermula. Cikgu pasti murid-murid sudah cukup berehat selama seminggu semasa cuti sekolah yang lalu. Kini, kita akan berjuan selama 10 minggu lagi sebelum kamu menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sudahkah kamu bersedia untuk berjuang? Cikgu akan lakukan yang terbaik agar anak-anak murid Cikgu dapat meraih markah yang lebih cemerlang dan pengetahuan yang lebih luas.
Sebelum kita berjuang, Cikgu ingin berkongsi pengalaman Cikgu semasa cuti sekolah yang lalu.
Cikgu sungguh menyukai Universal Studio Singapura, (USS). Oleh itu, saya telah melawati USS sebanyak 3 kali dalam 3 hari berturut-turut. SERONOK SEKALI! Cikgu telah menaiki pelbagai jenis permainan yang disediakan di sana seperti Cyclon, Battlestar Galactica, Transformer dan Revenge of the Mummy. Keghairahan yang Cikgu rasakan tatkala menaiki permainan-permainan tersebut tidak dapat Cikgu gambarkan. Alangkah seronoknya jika Cikgu dapat pergi ke USS setiap minggu! :)
Bagaimana pula dengan anak-anak murid Cikgu? Cikgu berminat untuk mengetahui apakah yang telah kamu lakukan semasa cuti sekolah. Cikgu berharap kamu boleh berkongsi pengalaman kamu di blog ini.
salam mesra...
Pada minggu lepas, saya pergi ke seberang tambak, Johor Baharu untuk tinggal di sana. Rumah yang saya tinggal di dalam untuk 2 hari adalah rumah emak nenek saya.Di situ, ada banyak nyamuk. Saya tidur pada pukul 12:30am kerana bermain di sana. Saya suka Johor Baharu.......kadang-kadang sahaja
BalasPadamIzzat(5A)
Itu rumah EMAK NENEK awak?? Itu bermakna, rumah tersebut ialah rumah moyang awak. Betulkah Izzat? Awak beruntung kerana ada rumah lain selain daripada rumah awak. :)
PadamSemasa cuti sekolah, saya ke Johor Baharu untuk menonton wayang. Saya juga ke Legoland Malaysia. Saya sungguh menyukai tempat itu. Saya sudah ke sana sebanyak 5 kali. Terdapat banyak patung yang diperbuat dari Lego. Saya telah menaiki roller coaster seperti Project X dan lain lagi.
BalasPadamwah.... seronoknya! saya juga telah ke sana. Malangnya, saya berada di sana selama 30 minit sahaja kerana tempat itu hampir tutup. Namun, saya masih ada peluang untuk pergi ke sana lagi kerana saya ada pas masuk setahun. :)
PadamLain kali, kita berjumpa di sanalah, ya?
Ok
PadamIzzat
Saya pun ada pas masuk setahun! Insyaallah kita boleh berjumpa di sana.
PadamSemasa cuti sekolah, saya telah pergi ke Adventure World, Sentosa
BalasPadamdengan keluarga saya untuk Hari Keluarga. Saya telah melakukan pelbagai jenis aktiviti di situ seperti 'Snorkeling',berenang dengan ikan pari dan lain lagi. Itu kali pertama saya pergi ke situ. Saya berasa sedih kerana kita harus meninggalkan tempat itu tetapi saya berharap bahawa ibu bapa saya boleh pergi ke situ lagi. =)
Wah, sungguh seronok! Saya belum berkesempatan untuk pergi ke Adventure World, Sentosa. Apabila saya membaca komen awak, saya menjadi tidak sabar untuk melawat tempat itu. Bilakah saya boleh ke sana, ya?
PadamCikgu, saya ada masalah di Edmodo. Bila saya masuk ke dalam Edmodo, saya tidak di dalam kumpulan cikgu. Bagaimanakah boleh saya sertai kumpulan cikgu?
PadamSemasa cuti sekolah, saya telah pergi ke Pasir Ris, Downtown East bersama kedua-dua kakak saya, abang ipar saya dan adik lelaki saya. Kami semua ke sana kerana di situ ada Kinect atau lebih dikenali sebagai Xbox 360 dan Orchidbowl, tempat untuk "bowling". Sebelum kami bermain Xbox 360, kami makan di Streats Hong Kong Cafe. Selepas itu, kami pun bermain Xbox 360.Ia sungguh seronok kerana kami bermain permainan seperti Dance Central 3, Kinect Sports dan banyak lagi. Setelah penat bermain selama dua jam, kami turut pergi ke Orchidbowl, untuk "bowling". Ini adalah pertama kali saya dan adik saya "bowling",jadi ia amat menarik dan seronok. Selepas menghabiskan satu permainan "bowling",kami ke sebuah kedai "frozen" tairu untuk beli dan makan tairu masing-masing. Selepas itu, kami pulang ke rumah. Saya harap bahawa perkara begitu akan terjadi lagi.
BalasPadamSungguh padat jadual aktiviti kamu pada hari itu! Saya rasa, saya tidak akan termampu untuk bermain Kinect kerana saya tidak mahir bermain permainan komputer. Namun, saya suka menyaksikan oarng lain bermain permainan komputer. Saya juga suka makan tairu! saya boleh makan tairu sebanyak satu bekas penuh! hehehe... Saya doakan awak akan dapat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut lagi. :)
PadamPada minggu lalu, saya telah membuat banyak aktiviti. Pada hari Isnin dan Selasa, saya pergi ke Sekolah Menengah Woodgrove untuk F1 Technology Challenge. Saya telah membuat sebuah kereta yang kecil dan menghias kereta itu.
BalasPadamPada hari Rabu, saya dan keluarga saya pergi ke Johor Bahru. Saya berasa seronok sekali. Adik saya yang baru lima bulan pula kesukaan apabila kami berjalan-jalan. Kami telah pergi ke Giant Hypermarket untuk membeli barang-barang seperti makanan, sabun, sayur-sayuran dan banyak lagi. Selepas itu, kami pergi ke Plaza Angsana. Setiap kali kami pergi ke Plaza Angsana, saya dan bapa saya akan pergi ke sebuah kedai permainan dan bermain di situ selama satu jam. Permainan yang selalu dimain oleh saya dan bapa saya adalah bola sepak. Selepas itu, kam sekeluarga makan malam di Sedap Corner yang terletak di tinggat satu, Plaza Angsana. Selepas makan malam, kami pulang ke rumah.
Pada hari Khamis, saya pergi ke Sekolah Menengah Changkat Changi untuk MTS Study Skills Camp. Saya berasa seronok sekali. Saya dan kawan-kawan Mendaki saya yang dari sekolah lain telah membuat banyak eksperimen seperti Wonders of Dry Ice, Exploring Ecosystem, Vortex Generator dan banyak lagi. Pada pukul satu petang, saya dan kawan saya makan tengahari. Kami semua memakan nasi ayam. Sedap! Selapas itu, saya dan kawan-kawan saya pergi ke satu bilik untuk sembayang. Selepas solat, kami menyambung aktiviti kami. Saya dan kawan saya mendapat springshot apabila program itu berakhir. Kami semua berasa gembira sekali.
Pada hari Jumaat, saya tidak pergi ke mana-mana. Saya membaca buku cerita dan mengulang kaji pelajaran saya.
Saya berasa gembira sekali semasa cuti sekolah.
Semasa cuti sekolah,saya telah dibawa oleh ibu dan bapa saya ke pelbagai tempat untuk membeli hadiah hari lahir saya.Saya mendapat sepasang sepatu roda.Ibu dan bapa saya berjanji pada bulan April ini,mereka akan membawa saya ke chalet untuk menyambut hari lahir saya bersama keluarga saya.Saya sungguh gembira mendapat ibu dan bapa yang sangat mengambil berat dan menyayangi keluarganya.
BalasPadamSemasa cuti sekolah,saya telah pergi ke Johor Bahru bersama keluarga untuk menonton wayang.Selepas menonton wayang,kami pergi ke 'Seoul Garden' untuk makan malam.Saya berasa seronok pergi Johor Bahru.
BalasPadamsemasa cuti sekolah,saya telah pergi ke pasir ris rumah tinggal untuk menyambut hari lahir adik angkat ibu saya punya anak ke dua.Di situ ada kolam renang dan saya pun berenang di situ
BalasPadamSemasa cuti sekolah,saya telah pergi ke rumah mak cik saya kerana mak cik saya hendak mengajak saya dan kakak saya ke Woodlands Swimming Complex.Semasa saya sedang berenang,hujan pun menurun.Saya pun harus pulang ke rumah mak cik saya kerana rumah mak cik saya berada di depan Swimming Complex itu...
BalasPadamSemasa musim cuti sekolah,saya telah pergi ke Sentosa. Saya tinggal di sebuah hotel yang bernama Shangrila Sentosa Resort. Saya tinggal di hotel tersebut pada kali kelapan. Saya sunnguh berasa lapang dada apabila saya di sana kerana saya dapat berehat dan ada penghawa dingin. Walaupun rasa dalam bilik hotel itu sangat sejuk, saya masih suka tinggal di sana.
BalasPadamSemasa hari cuti sekolah, saya dan keluarga saya telah pergi makan di Sakura dan Safra. Di tempat itu, ada banyak makanan dan makanan-makanannya pula enak sekali!! Pada hari keesokkannya kami telah pergi ke Universal Studio Singapore. Saya berasa amat seronok sekali!!
BalasPadamPada cuti sekolah, saya telah berjalan-jalan di 'Causeway Point'.Saya telah menaiki kereta keluarga saya ke sana.Pada masa itu, ayah saya telah berada di Vietnam untuk bekerja. Oleh itu, ibu saya telah memandu kereta itu. Di Causeway Point, kami pergi makan di Bagus untuk makan tengah hari. Seronok sekali! Itulah apa yang saya melakukan pada cuti sekolah.
BalasPadam