Jumaat, Februari 15, 2013

Maklum balas kamu diperlukan :)

Salam murid-murid...

Cikgu ingin mendengar pendapat kamu mengenai aktiviti interaktif Penjodoh Bilangan yang telah Cikgu berikan dalam 'post' yang lalu.

1) Adakah aktiviti itu bermanfaat?
2) Bagaimanakah pula dengan tahap kepayahannya? Adakah terlalu mudah atau payah?
3) Apakah aktiviti lain yang kamu ingin Cikgu sediakan?
4) Nyatakan lain-lain pendapat jika ada.

Cikgu nantikan ulasan kamu, ya!

Di bawah ada satu lagi aktiviti interaktif yang boleh kamu nikmati!

Selasa, Februari 05, 2013

Aktiviti Lanjutan Penjodoh Bilangan

Salam semua,

Cikgu amat bangga kerana murid-murid Cikgu aktif menggunakan ruang siber untuk melakukan pembelajaran kendiri (self-study).

Pada kali ini, Cikgu akan mengimbas kembali apa yang telah Cikgu terangkan di dalam kelas.

Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama dengan kata bilangan untuk kata nama seperti benda, haiwan, manusia dan tempat. Biasanya penjodoh bilangan hendaklah digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutinya.

CTH:

Kata bilangan
Penjodoh bilangan
Kata Nama
se (bermaksud satu)
kumpulan
burung gagak
lima
buah
pasukan polis
tiga puluh
biji
guli
beberapa
kuntum
bunga ros


Sebagai aktiviti lanjutan, kamu boleh melungsuri lelaman di bawah untuk membuat latihan interaktif mengenai Penjodoh Bilangan. (Jika kamu tidak dapat klik pautan di bawah, sila copy and paste alamat lelaman tersebut.)

http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/ML/Interactive/D5A_BM_U2_P2_Penjodoh_Bilangan/D5A_BM_U2_P2_penjodoh_bilangan.html

Semoga berjaya membuat latihan interaktif tersebut!

Salam sayang...