Rabu, Mac 27, 2013

Penggal Kedua sudah bermula...

Salam sejahtera semua,

Penggal kedua sudah bermula. Cikgu pasti murid-murid sudah cukup berehat selama seminggu semasa cuti sekolah yang lalu. Kini, kita akan berjuan selama 10 minggu lagi sebelum kamu menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sudahkah kamu bersedia untuk berjuang? Cikgu akan lakukan yang terbaik agar anak-anak murid Cikgu dapat meraih markah yang lebih cemerlang dan pengetahuan yang lebih luas.

Sebelum kita berjuang, Cikgu ingin berkongsi pengalaman Cikgu semasa cuti sekolah yang lalu.

Cikgu sungguh menyukai Universal Studio Singapura, (USS). Oleh itu, saya telah melawati USS sebanyak 3 kali dalam 3 hari berturut-turut. SERONOK SEKALI! Cikgu telah menaiki pelbagai jenis permainan yang disediakan di sana seperti Cyclon, Battlestar Galactica, Transformer dan Revenge of the Mummy. Keghairahan yang Cikgu rasakan tatkala menaiki permainan-permainan tersebut tidak dapat Cikgu gambarkan. Alangkah seronoknya jika Cikgu dapat pergi ke USS setiap minggu! :)

Bagaimana pula dengan anak-anak murid Cikgu? Cikgu berminat untuk mengetahui apakah yang telah kamu lakukan semasa cuti sekolah. Cikgu berharap kamu boleh berkongsi pengalaman kamu di blog ini.

salam mesra...

Selasa, Mac 19, 2013

Yok, santai pada musim cuti sekolah!

Salam semua,

Cuti sekolah sudah bermula.  Cikgu pasti kamu tidak sabar-sabar untuk berehat dan bermain pelbagai jenis permainan.  Kali ini, Cikgu ada permainan bahasa yang baharu untuk kamu cuba...

Namun, sebelum itu Cikgu ada satu soalan, cuba copy dan lengkapkan dua baris yang seterusnya..
Semoga berjaya mencari lagunya... :)

Tiada kata secantik bahasa
Nak ku puji adinda

_______________________

_______________________



http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/Game/PGM3/loader.swf

salam sayang...

Jumaat, Mac 08, 2013

CA1 telah berakhir...

Salam sejahtera murid-murid,

Wah..... Cikgu rasa kamu pasti telah menghelakan nafas lega memandangkan peperiksaan CA1 telah berakhir.  Oleh itu, bolehlah kamu luangkan lebih masa untuk melungsuri blog Cikgu, ya!

di bawah ada pautan untuk permainan bahasa yang seterusnya...

selamat menikmati permainan itu!

salam sayang,
Cikgu June

http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/Game/PGM2/Circus_Malay.swf