Rabu, Januari 30, 2013

Tugasan Penulisan Monolog

Salam murid-murid,

Cikgu berharap kamu sekalian telah memahami cara-caranya untuk menulis monolog. Seperti mana yang telah bincangkan di dalam kelas, setiap kumpulan harus menghantarkan monolog kumpulan melalui blog ini.
Panduan-panduan sebelum menghantar tugasan:
Pastikan kamu....
1) menaip hasil tugasan kumpulan TANPA MENGUBAH
tugasan asal
2) SEMAK sebelum menghantar tugasan
3) sertakan nama-nama anggota kumpulan

Cikgu nantikan tugasan kamu semua..

Salam sayang...

Selasa, Januari 29, 2013

Nota Karangan 3 - Monolog

    Nota Karangan (3)
Teknik-teknik Permulaan Karangan
B
Monolog
Perbualan seseorang kepada dirinya sendiri; berbual dalam hati
1.     
Buka tanda petik
Huruf besar
Mesti ada buka tanda petik, huruf besar, monolog, tanda baca (,  !  ?), tutup tanda petik dan huruf kecil, hati kecil dan tanda titik.
   Hai, penatnya aku hari ini !      kata hati kecilku .  

2.      Monolog mesti bermakna dan menerangkan satu perkara.
Saya sungguh penat pada hari itu. (ayat)
“Hai, penat sungguh aku pada hari ini!” kata hati kecilku. (monolog BERMAKNA)
“Hai, penatnya!” kata hati kecilku.  (monolog TIDAK BERMAKNA)

3.      Dalam satu monolog mesti ada 3 ayat.
“Hai, penat sungguh aku pada hari ini!” kata hati kecilku.
(monolog yang BERMAKNA TETAPI KURANG ISI)
“Hai, penat sungguh aku pada hari ini! Cikgu Azman pula telah berikan banyak
kerja rumah. Harap-harap aku boleh selesaikan semuanya,” kata hati kecilku.
(monolog yang BERMAKNA DAN LENGKAP ISI)
4.      Gunakan pelbagai jenis ‘kata’
(said)                  =          kata,    bisik,   tanya
(complained)    =          keluh, rungut
.......kata hati kecilku.
.......bisik hati kecilku.
.......keluh hati kecilku.
.......rungut hati kecilku.
.......tanya hati kecilku.

Isnin, Januari 21, 2013

Nota Karangan 2 - Kesan Bunyi

Nota Karangan (2)
Teknik-teknik Permulaan Karangan
A
Kesan Bunyi
1.                        Tidak ada tanda petik kerana bukan orang yang bercakap.
“Kringgg!!!”  ---- SALAH
 Kringgg!!!  ----- BETUL
2.                        Mesti terangkan bunyi itu.
Kringgg!!! Dia pun berjalan ke kantin. ---- SALAH
Kringgg!!! Loceng sekolah berbunyi. ------ BETUL
3.                        Contoh-contoh permulaan kesan bunyi yang lain
·           Boom!!! Kedengaran bunyi kereta meletup.
·           Ninonino!!! Kedengaran bunyi siren ambulans.
·           Bang!!! Bang!!! Dua das tembakan berbunyi.
·           Twittt!!! Twittt!!! Kedengaran bunyi burung-burung berkicauan.
·           Skreeeekkk!!! Kedengaran bunyi kereta berhenti.
·           Tik tok!!! Tik tok!!! Jam dinding berbunyi.


Ahad, Januari 20, 2013

Minggu Ketiga Sekolah

Tidak lama lagi, genap sebulan kamu semua bersekolah. Cikgu pasti tugasan sekolah kian meningkat dan kamu akan mulai sibuk dengan berbagai-bagai aktiviti di sekolah. Usah gentar... lakukan segalanya dengan tabah ya!

Pada kali ini, Cikgu mahu melanjutkan perbincangan mengenai Kata Nama Am.
Di dalam kelas, kita telah pelajari bahawa Kata Nama Am terbahagi kepada dua iaitu :

1) Kata Nama Am yang bernyawa
     (a) boleh dilihat
     (b) tidak boleh dilihat

2) Kata Nama Am yang tidak bernyawa
     (a) boleh dilihat
     (b) tidak boleh dilihat

Perbincangan lanjutan:
Cikgu hendak menyentuh mengenai Kata Nama Am yang mempunyai apitan 'PE-an' dan 'ke-an' .

Kata Nama Am - 'PE-an'
 CTH
1) peperiksaan
2) pemandangan
3) pencapaian
4) pengorbanan
5) penyusunan
6) pengesahan
7) pertandingan

 Kata Nama Am - 'ke-an'
CTH
1) kesempitan
2) kemahuan
3) kecantikan

Kini, giliran kamu pula... berikan cikgu 6 Nama Am 'PE-an' dan 3 Kata Nama Am 'ke-an'.
Salin dan tampal bahagian di bawah ini.

Kata Nama Am - 'PE-an'
1) pe______an
2) pem______an
3) pen______an
4) peng______an
5) peny______an
6) penge______an
7) per______an

 Kata Nama Am - 'ke-an'
1) ke______an
2) ke______an
3) ke______an

Cikgu tunggu jawapan kamu sekalian...

Salam sayang...

Perbezaan antara ialah dan adalah

Baiklah... kini Cikgu akan menerangkan perbezaan antara 'ialah' dan 'adalah'

                                                                                                                                           

'ialah' hadir di hadapan frasa nama sahaja.

CTH :
                                              frasa nama
Buku cerita itu ialah hadiah hari jadi kawan saya.

                                                                                             frasa nama
Perkara yang menarik perhatian saya ialah kesabarannya dalam menghadapi cabaran.

                                                                                              frasa nama
Satu sebab saya menyukai tempat ini ialah pemandangannya yang amat menakjubkan.

                                                                                                                                                                                       

'adalah' pula hadir di hadapan frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.

CTH :
                                                                                    frasa adjektif
Dua perkataan yang menerangkan ibu saya adalah cantik dan menawan.

                                                                                                              frasa kerja
Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih pemain bola.

                                                                    frasa sendi nama
Sesi kelas tambahan adalah dari jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.

                                                                                                                                                                           

Hmmmm... sudahkah anak-anak murid Cikgu faham akan perbezaan antara 'ialah dan 'adalah'?
Nanti kita akan bincangkannya lagi di dalam kelas.

Salam sayang...







Selasa, Januari 15, 2013

Minggu Kedua telah bermula

Salam sejatera murid-murid,

Bagaimanakah dengan minggu pertama persekolahan kamu? Cikgu harap anak-anak murid Cikgu tidaklah berasa terkejut mahupun tertekan dengan perbezaan antara Primari 4 dan Primari 5. Usah gusar... Cikgu dan guru-guru lain akan berusaha untuk membantu kamu sepanjang tahun ini.

Sekarang Cikgu akan perjelaskan apakah perbezaan antara cikgu dan guru...

Sebenarnya, 'cikgu' merupakan panggilan atau kata sapaan untuk guru. Kekata 'cikgu' itu ialah akronim encik / cik guru.

encik + guru (lelaki)        atau          cik + guru (wanita)        =      cikgu

Sementara 'guru' pula adalah sejenis pekerjaan, kerjaya atau profesion. 

Oleh itu, penggunaannya adalah seperti berikut:

Nama saya Cikgu Murni.
Saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Indah. 

Kini, Cikgu mahu tahu apakah pendapat kamu tentang ruang blog Cikgu? Harap klik 'ulas' di bawah dan taipkan pendapat kamu tentang ruang blog Cikgu ini. Kamu boleh menyatakan jika blog ini patut diteruskan atau tidak beserta sebabnya sekali. Setelah itu, akhiri dengan nama dan kelas kamu.
Cikgu nantikan ulasan-ulasan kamu semua.... :)


Salam sayang

Ahad, Januari 06, 2013

Selamat kembali ke sekolah!

Salam murid-murid,

Kini, penggal 1 persekolahan telah bermula. Cikgu percaya murid-murid semua tidak sabar untuk bertemu dan bermain bersama kawan-kawan. Seperti yang kamu semua maklum, Cikgu ialah guru kelas Bahasa Melayu kamu. Dengan itu, Cikgu ingin memperkenalkan diri Cikgu kepada kamu semua. Biodata Cikgu adalah seperti berikut.

Nama : Junainah Bte Mohamed Yusoff
Tarikh lahir : 22 Jun
Alamat : Jurong West
Hobi : Melancong, makan dan menyanyi
Sifat yang saya sukai : Kejujuran
Negara yang telah saya lawati : Arab Saudi, Australia, Belanda, China,
                                                               England, Hong Kong, Indonesia, Jepun,
                                                               Jerman, Korea Selatan, Malaysia, Maldives,
                                                               Perancis, Thailand dan Vietnam.

Sekarang, kamu semua telah sedikit sebanyak mengenali tentang diri saya. Cikgu harap kamu semua boleh memberikan kerjasama dan gigih berusaha dalam kelas saya. Cikgu yakin bahawa kamu semua akan memberikan 100% usaha dalam pelajaran agar dapat mencapai kejayaan kelak. Ingat, kejayaan tidak datang menggolek tanpa usaha. Sebelum Cikgu akhiri, Cikgu ada satu tugasan untuk kamu semua.

Apakah perbezaan antara dua perkara yang berikut?

1) cikgu   dan   guru

2) ialah   dan   adalah

Sebagai bantuan, rujuk semula kepada mukadimah post ini. Kita akan membincangkannya di dalam kelas. Sehingga lain waktu....

Salam sayang....