Selasa, Januari 15, 2013

Minggu Kedua telah bermula

Salam sejatera murid-murid,

Bagaimanakah dengan minggu pertama persekolahan kamu? Cikgu harap anak-anak murid Cikgu tidaklah berasa terkejut mahupun tertekan dengan perbezaan antara Primari 4 dan Primari 5. Usah gusar... Cikgu dan guru-guru lain akan berusaha untuk membantu kamu sepanjang tahun ini.

Sekarang Cikgu akan perjelaskan apakah perbezaan antara cikgu dan guru...

Sebenarnya, 'cikgu' merupakan panggilan atau kata sapaan untuk guru. Kekata 'cikgu' itu ialah akronim encik / cik guru.

encik + guru (lelaki)        atau          cik + guru (wanita)        =      cikgu

Sementara 'guru' pula adalah sejenis pekerjaan, kerjaya atau profesion. 

Oleh itu, penggunaannya adalah seperti berikut:

Nama saya Cikgu Murni.
Saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Indah. 

Kini, Cikgu mahu tahu apakah pendapat kamu tentang ruang blog Cikgu? Harap klik 'ulas' di bawah dan taipkan pendapat kamu tentang ruang blog Cikgu ini. Kamu boleh menyatakan jika blog ini patut diteruskan atau tidak beserta sebabnya sekali. Setelah itu, akhiri dengan nama dan kelas kamu.
Cikgu nantikan ulasan-ulasan kamu semua.... :)


Salam sayang

19 ulasan:

  1. Nureen Abrahim 5C15 Januari, 2013 19:45

    Cikgu June, saya rasa ruang blog Cikgu amat menarik dan kreatif. Pada pendapat saya, blog ini harus diteruskan kerana kita semua dapat pelajari sesuatu yang baru di alam siber. Ia juga tidak akan membosankan kita semua untuk pelajari sesuatu di buku teks dan mendengar apa yang cikgu ajar. Sekian , terima kasih.

    BalasPadam
  2. Cikgu June,blog Cikgu June amat menarik dan berwarna-warni.Teruskan

    BalasPadam
  3. Putrie Nur A'in Binte Saweh 5D16 Januari, 2013 14:17

    Assalammua'alaikum,Cikgu June.Blog Ciku amat cantik dan warna-warni.Saya harap Cikgu June teruskan menulis blog ini kerana,disinlah saya belajar bahasa Melayu dengan pantas.
    -Putrie Nur A'in 5D

    BalasPadam
  4. Muhammad Huzaifah Bin Hashim (5D)16 Januari, 2013 20:15

    Assalammua'alaikum, Cikgu June. Saya harap cikgu dapat meneruskan blog ini kerana banyak manfaat yang saya dapat pelajari sesuatu yang baru di ruang siber. Ia lain dari yang lain. Kerana sebelum ini, saya tidak pernah pelajari cara sedemikian.
    Sekian, terima kasih.
    - Muhammad Huzaifah Bin Hashim
    5D

    BalasPadam
  5. Salam Cikgu June. Lelaman blog ini bagus kerana apabila cikgu hendak memberitahu murid-murid secara online. Di sini ciKgu juga boleh mengeluarkan pos-pos seperti kerja rumah, pelajaran dan sebagainya.Pada pendapat saya, lelaman blog ini harus diteruskan.

    Terima Kasih,
    Mohammad Nur ' Muhaimin
    Bin Mohammad Khatib

    BalasPadam
  6. Pada pendapat saya, blog ini harus diteruskan kerana Cikgu boleh memberi informasi yang dapat kami rujuk kembali pada bila-bila masa.

    Terima kasih,
    -Zahirah Zaid (5A)

    BalasPadam
  7. Dmira Batrisyia Djohan19 Januari, 2013 21:55

    Salam Cikgu June,pada pendapat saya blog ini harus diteruskan keranna,cikgu telah mengajar saya banyak perbezaan antara perkataan yang cikgu telah meletakkan di blog cikgu.Pada pendapat saya,blog ini harus diteruskan.

    Terima kasih,
    Dmira Batrisyia Bte Djohan(5D)

    BalasPadam
  8. Terima kasih kepada anak-anak murid Cikgu yang telah memberikan pandangan. Cikgu juga berharap bahawa blog ini akan memanfaatkan kamu semua..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Cikgu June
    Saya suka blog ini kerana saya dapat belajar di rumah

    BalasPadam
  10. Siti Nur Farzana Bte Baharudin (5D)21 Januari, 2013 16:48

    Assalamualaikum Cikgu June. Saya harap Cikgu dapat teruskan untuk menggunakan blog ini kerana ia amat mudah untuk saya belajar menggunakan komputer.
    terima kasih,
    Siti Nur Farzana Bte Baharudin(5D)

    BalasPadam
  11. Liyana Batrisyia Bte Jailani (5A)21 Januari, 2013 18:01

    Assalamualaikum Cikgu June. Saya rasa blog Cikgu berwarna-warni dan kreatif.Saya harap Cikgu dapat teruskan untuk menggunakan blog ini kerana Cikgu boleh memberi informasi yang dapat kami rujuk kembali pada bila-bila masa.
    Terima kasih
    Liyana Batrisyia
    5A

    BalasPadam
  12. Nur Qysya Bte K Yazid (5B)21 Januari, 2013 19:43

    Assalamualaikum Cikgu June. Saya rasa blog Cikgu cantik dan berwarna-warni. Saya harap Cikgu akan teruskan menggunakan blog ini supaya Cikgu boleh memberi kami maklumat tentang kerja rumah dan sebagainya.
    Terima Kasih,
    Nur Qysya (5B)

    BalasPadam
  13. Nur Syazwana Aisyah(5F)21 Januari, 2013 20:26

    Assalamualaikkum Cikgu June.Saya rasa blog Cikgu ini menarik.Saya harap Cikgu akan teruskan menggunakan blog ini supaya kami murid Cikgu tahu apa yang perlu kami pelajari dan lebih senang kalau kita menggunakan siber.
    Sekian Dan Terima kasih muridmu,
    Nur Syazwana Aisyah(5F)

    BalasPadam
  14. Robi'atul Adawiyah(5B)21 Januari, 2013 20:58

    Salam Cikgu June...Saya rasa blog Cikgu ini menarik dan kami semua boleh belajar bukam hanya di kelas Cikgu tetapi di Internet.Saya rasa Cikgu patut teruskan blog ini.

    Terima Kasih,
    Robi'atul Adawiyah bte Ramzol(5B)

    BalasPadam
  15. Farah Binte Bajuri(5A)21 Januari, 2013 21:03

    Assalamualaikkum Cikgu June! Saya suka blog ini kerana saya dapat belajar di rumah! Terima kasih Cikgu kerana membuat blog ini!
    -Farah Binte Bajuri(5A)

    BalasPadam
  16. Uswatun Hasanah Binte Nordin (5A)21 Januari, 2013 21:04

    Assalamualaikum Cikgu June. Saya rasa Cikgu sepatutnya teruskan menggunakan blog ini kerana kita boleh rujuk kembali apa yang telah kita pelajari pada bila-bila masa. Kita semua dapat mempelajari sesuatu yang baharu di alam siber. Ia juga tidak akan membosankan kita. Ia lebih menarik dan senang apabila kita belajar dari alam siber. Itu pendapat saya.
    Terima Kasih dari muridmu,
    Uswatun Hasanah

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Cikgu. Saya rasa bangga terhadap blog ini kerana saya dapat belajar berkomunikasi dan mempertingkatkan mutu bahasa ibunda saya.

    farah kaiyisah

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum cikgu. Saya suka blog ini kerana saya dapat belajar di rumah! Ia lagi senang untuk belajar dan menyalin kerja rumah di sini. Saya pun harap Cikgu akan taruk permainan-permainan edukasi untuk kita semua.Saya harap Cikgu akan memahami.
    Assalamualaikum.

    Daripada:
    Naifah Firzanah (5B)

    BalasPadam