Rabu, Januari 30, 2013

Tugasan Penulisan Monolog

Salam murid-murid,

Cikgu berharap kamu sekalian telah memahami cara-caranya untuk menulis monolog. Seperti mana yang telah bincangkan di dalam kelas, setiap kumpulan harus menghantarkan monolog kumpulan melalui blog ini.
Panduan-panduan sebelum menghantar tugasan:
Pastikan kamu....
1) menaip hasil tugasan kumpulan TANPA MENGUBAH
tugasan asal
2) SEMAK sebelum menghantar tugasan
3) sertakan nama-nama anggota kumpulan

Cikgu nantikan tugasan kamu semua..

Salam sayang...

15 ulasan:

  1. Zafri(5B), Nawal(5B),Putrie(5D),Farzana(5D)30 Januari, 2013 14:00

    "O,oh!saya terlupa untuk buat kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Murni.Dia akan mendongkol saya jika saya tidak buat kerja rumah saya!Harap-harap dia tidak akan mendongkol saya!"bisik hati kecil syahmi.

    BalasPadam
  2. zafri(5B),nawal(5B),putrie(5D),farzana(5D)30 Januari, 2013 14:04

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Zafri 5B Nawal 5B putrie 5D Farzana 5D30 Januari, 2013 14:09

    "O,oh! saya terlupa untuk buat kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Murni.Dia akan mendongkol saya jika saya tidak buat kerja rumah saya!Harap-harap Cikgu Murni tidak akan mendongkol saya!" bisik hati kecil Syahmi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menghantar tugasan., saya mahu membincangkan penggunaan 'mendongkol' dalam monolog kumpulan kamu di dalam kelas nanti.

      Padam
  4. Syazwana5F Irdina5A Liyana5A Irshad5A30 Januari, 2013 15:37

    "Aduh,sakitnya kaki aku!Tiada orang yang mahu menolongku.Ish...ish...ish!Malangnya nasibku!"rungut hati kecil Nora.

    BalasPadam
  5. Nur Syazwana Aisyah Bte Sahril(5F)30 Januari, 2013 15:39

    Maaf Cikgu,saya tidak ulas begitu mungkin sebab laptop saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usah khuatir Syazwana, Cikgu mengerti. Terima kasih kerana menghantar tugasan.

      Padam
  6. Robi'atul Adawiyah bte Ramzol30 Januari, 2013 16:04

    "Alamak!Aku terlupa untuk membuat kerja sekolah aku!Pasti Cikgu Munir akan mendongkol aku.Habislah aku!"kata hati kecil Syahmi.

    ~Adawiyah(5B),Dmira(5D),Kaiyisah(5B),Izzat(5A)dan Solihin(5F)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menghantar tugasan. Namun, saya mahu bincangkan penggunaan 'mendongkol' dalam monolog kumpulan di dalam kelas nanti.

      Padam
  7. "Alamak! Aku terlupa membuat kerja rumahku! Mesti Cikgu Murni akan memarahiku. Habislah aku,apa yang harus dibuat ini?" tanya hati kecil Syahmi dengan risau.


    ~Naifah(5B)
    Attiqah(5B)
    Mishyle(5A)
    Muhaimin(5B)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menghantar tugasan. Sejauh ini saya berpuas hati dengan tugasan kumpulan kamu. Hampir tepat. Syabas!

      Padam
  8. Farah Bajuri (5A), Zahirah (5A), Qysya (5B), Danish (5C)30 Januari, 2013 17:26

    "Aduhai,penatnya aku pada hari ini! Saya rasa nak pengsanlah.Budak yang kurang hajar itu pun langgar kaki aku!" rungut hati kecil Nora.

    -Farah Bajuri(5A)
    Zahirah (5A)
    Qysya (5B)
    Danish (5C)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menghantar tugasan. Monolog kamu tiada kesinambungan. Harus diperbaiki.

      Padam
  9. Nureen Abrahim (5C)30 Januari, 2013 19:10

    "Hai, penat sungguh aku hari ini! Aku sepatutnya tidak pergi ke latihan bola keranjang. Aku ada banyak kerja sekolah!" bisik hati Nora.

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana menghantar tugasan. Monolog kamu hampir tepat. Terdapat sedikit kegenjotan.

    BalasPadam