Ahad, Januari 20, 2013

Perbezaan antara ialah dan adalah

Baiklah... kini Cikgu akan menerangkan perbezaan antara 'ialah' dan 'adalah'

                                                                                                                                           

'ialah' hadir di hadapan frasa nama sahaja.

CTH :
                                              frasa nama
Buku cerita itu ialah hadiah hari jadi kawan saya.

                                                                                             frasa nama
Perkara yang menarik perhatian saya ialah kesabarannya dalam menghadapi cabaran.

                                                                                              frasa nama
Satu sebab saya menyukai tempat ini ialah pemandangannya yang amat menakjubkan.

                                                                                                                                                                                       

'adalah' pula hadir di hadapan frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.

CTH :
                                                                                    frasa adjektif
Dua perkataan yang menerangkan ibu saya adalah cantik dan menawan.

                                                                                                              frasa kerja
Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih pemain bola.

                                                                    frasa sendi nama
Sesi kelas tambahan adalah dari jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.

                                                                                                                                                                           

Hmmmm... sudahkah anak-anak murid Cikgu faham akan perbezaan antara 'ialah dan 'adalah'?
Nanti kita akan bincangkannya lagi di dalam kelas.

Salam sayang...







54 ulasan:

  1. Muhammad Huzaifah Bin Hashim(5D)24 Januari, 2013 17:03

    Terima Kasih Cikgu June.

    BalasPadam
  2. Cikgu nak tanya satu soalan. Kuih bahulu,ketupat,karipap antara kuih yang saya germari.(adalah/ialah).
    2. Sejak bila encik osman suka memancing.(kah/bila/jua)
    Thankyou

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karipap kata nama
      Jadi ialah

      Padam
    2. antara merupakan sendi nama. jawapannya ialah “adalah” dan bukan ialah.

      Padam
    3. antara merupakan sendi nama. jawapannya ialah “adalah” dan bukan ialah.

      Padam
  3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/6540-perbezaan-ialah-dan-adalah-.html

    frasa kerja macam ialah je
    ubbig4063@gmail.com

    BalasPadam
  4. Terima kasih

    BalasPadam
  5. thnks fr this imprtnt infrmtn miss . appreciate it

    BalasPadam
  6. yazidddddddddd

    BalasPadam
  7. Thank you cikgu!!!!!! ;)

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya 2017 hahahha raya nk habis sudah...28 syawal

    BalasPadam
  9. Warna kegemaran saya .... hijau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau warna kegemaran hijau berapa umur anjing kau

      Padam
    2. Infinite tahun

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. terima kasih atas perkongsian ilmu ini ....

    BalasPadam
  12. Adakah perkataan lain bagi "beza" .
    Saya mendapati dalam silangkata bagi tahun satu sangat susah untuk difahami.Pertanyaannya ialah seperti ini, "Beza ialah......"
    Dan jawabannnya mesti lima huruf sahaja.

    BalasPadam
  13. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  14. saya ada satu soalan...

    Haji Hamdan (ialah/adalah) Ketua Kampung Sentosa yang amat dihormati

    BalasPadam
  15. Adakah ialah untuk benda bernyawa dan adalah pula untuk benda

    BalasPadam
  16. tq cikgu.. selama ni main hentam aje..

    BalasPadam
  17. Peneranagan yang boleh diterima pakai

    BalasPadam
  18. Ciptaan kata nama atau frasa kerja

    BalasPadam
  19. Cikgu, saya ada soalan:-
    Cara mengelakkan pencemaran udara [ialah/adalah]
    Terima kasih..

    BalasPadam
  20. " Malaysia adalah" ke atau "Malaysia ialah" ckg?

    BalasPadam
  21. ..... adalah/ialah sebatang sungai.....

    BalasPadam
  22. Santan adalah/ialah yang perlu dikurangkan dalam nasi lemak

    BalasPadam
  23. Penjelasan yang sangat ringkas, terima kasih.

    BalasPadam
  24. cikgu saya ada soalan. Kawasan pertama yang diselidiki ... kawasan kota batu


    BalasPadam
  25. Bagaimana dengan "Bahan renungan yang dapat diperolehi ... betapa pengalaman sejarah dapat menjadi landasanuntuk menilai diri kita"

    BalasPadam
  26. Fasa yang terakhir dalam kajian ini (ialah/adalah) fasa penilaian.

    BalasPadam